Berita Politik
Raih sokongan pengundi muda, calon PH akan menang PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR 3 Julai - UMNO menyatakan keyakinan penuh bahawan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin bakal memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Sabtu ini.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keyakinan itu bersandarkan kepada pengundi muda dan lebih 5,000 ahli UMNO yang akan memberi sokongan terhadap Joohari.
Katanya, walaupun golongan muda mungkin mempunyai sentimen berbeza, dengan pendekatan dan program bersesuaian beliau percaya golongan muda akan memilih calon PH.
"Jentera pilihan raya telah melaksanakan beberapa program untuk golongan muda dan kita yakin, Insya-Allah Dr Joohari akan menang," katanya.
PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin dan Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).
DUN Sungai Bakap yang berada di bawah Parlimen Nibong Tebal diadakan semula pilihan raya susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.
Berita berkaitan
November 23, 2024, 11:59 am
BERSATU perlu tarik sokongan baharu dengan agenda jelas – Wan Saiful
November 11, 2024, 11:01 pm
Kekalahan Gobind tanda perubahan 'politik dinasti' dalam DAP
November 11, 2024, 9:21 am
Gobind tewas, ADUN Kinrara, Sze Han kini Pengerusi DAP Selangor baharu
November 5, 2024, 2:59 pm
BN terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti dalam PRN Sabah
November 4, 2024, 11:50 am
BN enggan bentuk kerajaan perpaduan, Amanah mahu tanding 20 kerusi DUN Johor
November 4, 2024, 11:27 am
BN tetap bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah akan datang
October 26, 2024, 2:01 pm
MKT UMNO sifatkan Rayer sebagai hipokrit
October 16, 2024, 9:44 am
Adik Ahmad Zahid sertai PAS, jadi ahli seumur hidup
October 8, 2024, 8:51 am
UMNO komited kukuh hubungan dalam Kerajaan Perpaduan
October 4, 2024, 6:45 pm