TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mahkamah Tinggi tolak permohanan Najib cabar titah Adendum

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 3 Julai - Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16, supaya beliau menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Hakim, Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan itu selepas mendapati semua afidavit yang difailkan untuk menyokong permohonan Najib termasuk oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail adalah dengar cakap.

Dalam notis permohonannya, bekas perdana menteri itu memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Januari 2024. - Berita Harian

#MAHKAMAH #NAJIBRAZAK #TITAHADENDUM

+ - reset