TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelajar China paling ramai daftar universiti swasta - Zambry

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 3 Julai - Pelajar warganegara China paling ramai melanjutkan pelajaran di universiti swasta dalam negara berdasarkan data dalam sistem e-IPTS.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, seramai 48,511 pelajar antarabangsa melanjutkan pelajaran di 56 universiti swasta yang berdaftar di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) setakat ini.

“Sehingga 31 Mac lalu, kira-kira 54 universiti swasta dan 18 universiti swasta (kampus cawangan) yang aktif sudah mendapat kelulusan pengambilan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian dalam negara,” katanya dalam jawapan lisan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) yang ingin mengetahui jumlah universiti swasta yang didaftarkan di negara ini dan jumlah keseluruhan pelajar luar negara yang mendaftarkan diri.

Pada Februari lalu, Zambry berkata, selain China, kumpulan terbesar pelajar antarabangsa di negara ini berasal dari Indonesia, Pakistan, Nigeria dan Iraq.

Katanya, disiplin akademik yang mendapat carian tertinggi dalam kalangan pelajar terbabit adalah Sains Sosial, Pengajian Perniagaan dan Undang-Undang. - Media Telus

#KEMENTERIANPENDIDIKANTINGGI #ZAMBRYABDULKADIR #CHINA

+ - reset