TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis reman pelawak, bekas isteri dipercayai sebar maklumat dalam polis di Telegram

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 2 Julai - Polis menahan reman pelawak serta isterinya selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini. 

Maklumat itu didapati dimuat naik di aplikasi Telegram dan sebuhungan itu telefon bimbit mereka turut dirampas bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, pelawak berusia 38 tahun dan isterinya, 37, ditahan di Balai Polis Seksyen 9, di sini, 7 malam semalam.

"Kedua-duanya dibawa ke Mahkamah Shah Alam, hari ini, untuk mendapatkan perintah tahanan reman," katanya memetik laporan Harian Metro. 

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan tangkapan berkenaan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Terdahulu, tular di aplikasi Telegram berkaitan penulisan membabitkan IPD Shah Alam dan penyebaran gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Sahabudin Abd Manan yang meninjau IPD terbabit. 

#TAHAN #PELAWAK #POLIS 

+ - reset