TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tak banyak tempat cas, hampir separuh pemilik EV nak guna semula kereta petrol, diesel - Kajian

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 2 Julai – Kajian McKinsey & Co.’s 2024 yang dikeluarkan bulan pada bulan ini mendapati hampir separuh pemilik kenderaan elektrik (EV) di seluruh dunia ingin bertukar semula kepada kenderaan jenis petrol atau diesel.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, sebilangan besar rakyat Amerika yang memiliki kenderaan elektrik menyesal membeli kenderaan berkenaan penyesalan pembeli 46 peratus daripada mereka “sangat” berkemungkinan untuk beralih semula kepada memiliki kenderaan berkuasa gas dalam pembelian seterusnya.

Peratusan tinggi rakyat Amerika yang ingin menukar turut mengejutkan Ketua Pusat Mobiliti Masa Depan McKinsey, Philipp Kampshoff yang beranggapan pengguna EV akan kekal menggunakan kenderaan itu selamanya.

"Saya tidak menjangkakan perkara ini. Saya fikir, 'once an EV buyer, always an EV buyer,’” katanya.

Sementara dalam tinjauan sama mendapati hampir 37,000 pengguna di seluruh dunia, Australia adalah satu-satunya negara yang mempunyai peratusan lebih besar iaitu 49 peratus yang menyatakan mereka bersedia untuk kembali memiliki enjin pembakaran dalaman.

Negara lain yang termasuk dalam tinjauan itu ialah Brazil, China, Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan Norway dan purata peratus daripada semua negara yang ditinjau yang ingin membuang EV mereka ialah 29 peratus.

Dalam masa sama, hampir satu perempat daripada pemilik EV dalam kajian global berkata mereka mahu beralih semula kepada memiliki kereta berkuasa gas memetik ketidakupayaan untuk mengecas kenderaan mereka di rumah.

Alasan terbesar pemilik EV ingin kembali memiliki kenderaan berkuasa gas ialah kekurangan infrastruktur pengecasan yang tersedia (35%); sebab kedua tertinggi yang disebut ialah jumlah kos untuk memiliki EV adalah terlalu tinggi (34%).

Hampir 1 dalam 3, 32 peratus berkata corak pemanduan mereka dalam perjalanan jarak jauh terjejas kerana mempunyai EV.

McKinsey mendapati bahawa kepuasan pengguna secara global dengan ketersediaan pengecasan telah bertambah baik beberapa sejak tinjauan tahun lepas tetapi menyatakan ia masih jauh lagi.

Daripada pemilik EV di semua negara, 11 peratus mengatakan infrastruktur tempat mereka tinggal disediakan dengan baik dari segi titik pengecasan, 40 peratus mengatakan pengecas tidak mencukupi di sepanjang lebuh raya dan jalan utama, dan 38 peratus mengatakan pengecas tidak mencukupi di berdekatan dengan mereka.

Dalam pada itu, pemilik EV di seluruh dunia yang ingin menukar kembali kepada kenderaan berkuasa gas berpunca daripada kekurangan infrastruktur pengecasan.

Penemuan kajian ini secara tidak langsung memberi kesan dan pengaruh kepada pemilik EV di Malaysia yang semakin ramai dan kini lebih mudah untuk melihat EV di jalan raya.

Kebanyakan orang berpendapat bahawa EV lebih mesra alam untuk digunakan berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) seperti petrol dan diesel.

+ - reset