TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis siasat dakwaan wujud ‘orang dalam’ sebar gambar kecederaan Zayn Rayyan

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 2 Julai - Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman kini mengambil alih kes penyebaran gambar memaparkan kecederaan pada mayat kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini selepas bahan bukti tersebut disebarkan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

Katanya, pihak menerima laporan berkaitan penyebaran beberapa keping gambar berkenaan dua hari lalu.

“Seperti dimaklumkan sebelum ini ada laporan polis terhadap bahan bukti yang telah diviralkan dan siasatan diambil USJT Bukit Aman,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada wujud penglibatan orang dalam berhubung penyebaran gambar tersebut, Hussein menegaskan perkara itu dalam siasatan polis.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar dikatakan berkaitan keadaan mayat Zayn Rayyan ketika prosedur proses bedah siasat di laman aplikasi Telegram.

Menjelaskan mengenai perkembangan kes dua termasuk kanak-kanak lelaki yang maut akibat keracunan makanan dalam program sebuah sekolah agama di Gombak, Hussien memaklumkan polis telah merakam keterangan seramai 22 individu setakat ini.

“Kita akan rujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya.

#zaynrayyan #polis #siasat

+ - reset