TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

JPJ sita 2 bas persiaran, pemandu tiada lesen kompeten, PSV

By
|
Kongsi
image

GOMBAK 2 Julai -  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita dua daripada 22 bas selepas didapati dipandu individu yang tidak mempunyai lesen memandu kompeten dan juga lesen vokasional kenderaan perkhidmatan awam (PSV) di Stesen Penguatkuasa JPJ Gombak, di sini, hari ini.

Turut ditahan seorang pemandu bas ditahan kerana positif ganja. 

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Undang-Undangnya, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, kesalahan yang dilakukan itu merupakan satu kesalahan yang sangat serius dan pihak JPJ ingin memberi amaran kepada semua pengendali bas.

“Kita tidak akan berkompromi terhadap mana mana pemandu yang didapati melakukan kesalahan kesalahan sedemikian kerana kita mahu utamakan keselamatan para penumpang.

“Antara yang disita adalah sebuah bas persiaran yang membawa pelancong Thailand yang mana pemandunya tidak mempunyai Permit Peredaran Antarabangsa (ICP),” katanya.

Sehubungan itu, satu bas persiaran bersama penumpang dari ibu negara menghala ke Kuantan, Pahang telah disita sementara kerana pemandu tidak mempunyai lesen dan menggunakan alasan menggantikan abangnya tidak sihat.

“Kita dapati pemandu pertama (adik) tidak mempunyai lesen memandu dan juga PSV. Jadi, kita sita sementara dan menunggu penggantinya yang mempunyai lesen untuk meneruskan perjalanan.

“Namun, apabila penggantinya (abang) sampai, kita dapati lesen memandunya juga tamat tempoh dan kita benarkan menghala ke destinasi selepas pemandu itu memperbaharui lesen kenderaannya,” katanya memetik Kosmo. 

Dalam operasi bersepadu yang dimulakan seawal pukul 6 pagi tadi, pihaknya telah menahan seorang pemandu bas persiaran berusia 30-an kerana didapati positif dadah jenis ganja.

Sesuai dengan arahan dikeluarkan Kementerian Pengangkutan semalam, beliau menegaskan JPJ tidak akan berkompromi dalam melaksanakan operasi yang dijangkka tamat 31 Julai nanti.

“Kita tidak akan berkompromi terhadap pemandu dan syarikat pengendali yang melakukan mana mana kesalahan khususnya yang boleh membawa kepada kemalangan jalan raya.

“Operasi ini akan berlangsung sehingga 31 Julai sekiranya kami berpuas hati tetapi sekiranya kami rasa perlu ditambahkan, kami akan lanjutkan sehingga diputuskan oleh Menteri pengangkutan,” tegasnya lagi. 

#BAS #JPJ #SITA

+ - reset