Berita Berita
Kerajaan tidak akan dilaksana rasionalisasi subsidi RON95 dalam masa terdekat - Anwar
![image](https://imgs.mediatelus.com/kapsyen---2024-07-02T113857-019.png)
KUALA LUMPUR 2 Julai - Sehingga hari ini, belum ada kertas dasar dibawa ke Kabinet bagi tujuan rasionalisasi subsidi dilaksanakan ke atas petrol RON95.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara berkenaan dan menjangkakan penyasaran semula subsidi bagi tujuan itu tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
"Belum ada kertas dasar yang boleh membawa kita untuk melaksanakannya (rasionalisasi subsidi RON95) dengan cepat. Ada kajian dari dulu, tetapi kita fikir lebih baik lihat dulu langkah (penyasaran) ke atas elektrik dan diesel.
"Lihat dulu kesannya dan bagaimana reaksi rakyat. Barulah (selepas itu) kita sedia berunding apakah (ada) keperluannya," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95.
#ANWARIBRAHIM #PETROL #SUBSIDI
Berita berkaitan
July 8, 2024, 6:38 pm
Mamat Exist akui ambil dadah, didenda RM4,000
July 8, 2024, 6:29 pm
Anwar lulus peruntukan RM1 juta untuk Kompleks Pendidikan Al-Ummah
July 8, 2024, 6:15 pm
Kerajaan teliti dakwaan subsidi diesel bersasar punca PH kalah PRK - Fahmi
July 8, 2024, 4:59 pm
HRD Corp catat keuntungan konsisten, mampu tanggung dana levi
July 8, 2024, 2:54 pm
Terkejut jumpa bom mortar ketika bersihkan rumah sewa
July 8, 2024, 2:31 pm
Pelakon tumbuk mata, badan teman wanita
July 8, 2024, 1:04 pm
Kedudukan kewangan stabil, MEF puji pasukan pengurusan HRD Corp
July 8, 2024, 12:22 pm
Dua budak kritikal lepas termakan keropok racun tikus
July 8, 2024, 11:42 am