Berita Berita
Politik negara terlalu negatif, dipenuhi kebencian - PM
![image](https://imgs.mediatelus.com/kapsyen---2024-07-02T105212-502.png)
PUTRAJAYA 2 Julai – Situasi politik dalam negara ini dipenuhi dengan kebencian yang terlalu menebal sehingga sanggup mengenepikan fakta berhubung sesuatu perkara.
Itu kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaklumkan apa jua yang dilaksanakan kerajaan kerap dijadikan isu politik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Tidak ambil gaji dihina, banteras rasuah dihina, baik dengan Hamas pun dihina.
"Dengan BlackRock pun dia kata ejen Yahudi.
"Fakta tidak sama sekali dipedulikan, yang dilontarkan adalah kebencian," katanya memetik Sinar Harian.
Anwar berkata demikian ketika berucap di hadapan 700 kakitangan Perbendaharaan dan agensi Kementerian Kewangan, di sini pada Selasa.
Turut hadir, Menteri Kewangan II; Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri; Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan; Datuk Johan Mahmood Merican.
Menurutnya, seorang pemimpin politik dalam ucapan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Pulau Pinang turut menggelarkan beliau sebagai dajal.
"Kalau lihat di media sosial ucapan (kempen) Sungai Bakap apa yang tidak panggil? Dajal, ejen Yahudi, Israel, jual negara kepada China.
"Sering kali, saya jawab sikit- sikit, tapi saya tidak peduli kerana saya fikir kita mempunyai tugas," katanya.
Meskipun dikritik, beliau berkata, kerajaan pimpinannya terus bekerja untuk memastikan martabat negara diangkat ke tahap yang sepatutnya.
"Adakah (kritikan) ini harus mengganggu kita? Tidak. Dua hari sudah saya umumkan matrikulasi, itu pun jadi isu politik," jelasnya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan tidak mempunyai pilihan untuk memastikan hasil dan kekayaan negara berkembang.
"Saudara, saya tidak ada pilihan. Kita pegang amanah. Terima kasih kepada saudara dan kementerian lain," katanya.
Tambah Anwar, beliau mempunyai keyakinan tinggi bahawa Malaysia mempunyai potensi untuk terus berdaya saing.
"Saya mewakili generasi sudah tua, tetapi punya cita-cita yang sangat tinggi untuk menjamin generasi akan datang agar negara ini diangkat martabatnya.
"Sebagai orang tua saya hanya mampu menyeru kepada saudara dan anak-anak untuk melakukan sesuatu untuk menentukan kita terangkat ke peringkat ini. Itu saja," katanya.
Berita berkaitan
July 8, 2024, 6:38 pm
Mamat Exist akui ambil dadah, didenda RM4,000
July 8, 2024, 6:29 pm
Anwar lulus peruntukan RM1 juta untuk Kompleks Pendidikan Al-Ummah
July 8, 2024, 6:15 pm
Kerajaan teliti dakwaan subsidi diesel bersasar punca PH kalah PRK - Fahmi
July 8, 2024, 4:59 pm
HRD Corp catat keuntungan konsisten, mampu tanggung dana levi
July 8, 2024, 2:54 pm
Terkejut jumpa bom mortar ketika bersihkan rumah sewa
July 8, 2024, 2:31 pm
Pelakon tumbuk mata, badan teman wanita
July 8, 2024, 1:04 pm
Kedudukan kewangan stabil, MEF puji pasukan pengurusan HRD Corp
July 8, 2024, 12:22 pm
Dua budak kritikal lepas termakan keropok racun tikus
July 8, 2024, 11:42 am