TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Budak 5 tahun maut dilanggar ketika bermain basikal di Seremban

By
|
Kongsi
image

SEREMBAN 1 Julai - Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dilanggar kenderaan ketika bermain basikal di sebuah taman perumahan di Bandar Sri Sendayan, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa berusia lima tahun disahkan meninggal dunia sejam selepas dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta Perodua Ativa dipandu lelaki berusia 34 tahun menuju ke pos pengawal taman perumahan terbabit.

Katanya, pada masa sama basikal dinaiki mangsa datang dari arah bertentangan di belakang sebuah pikap.

"Basikal berkenaan kemudian dipercayai masuk ke laluan Perodua Ativa menyebabkan pemandunya tidak sempat mengelak lalu terus merempuh mangsa.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan di anggota badan dan dibawa ke HTJ untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pada jam 8.05 malam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Fadzilah Ahmad di talian 016-2895801.

"Ibu bapa atau orang dewasa dinasihatkan untuk mengawasi pergerakan kanak-kanak yang membuat aktiviti di luar rumah terutama yang menggunakan jalan raya supaya perkara tidak diingini dapat dielakkan," katanya.

#BUDAK #MAUT #BASIKAL

+ - reset