TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Syarikat bas terlibat kemalangan maut boleh dihukum gantung, batal lesen - APAD

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 1 Julai - Syarikat bas yang terlibat kemalangan ketika turun dari Genting Highlands pada Sabtu lalu hingga mengakibatkan dua maut boleh dikenakan hukuman gantung atau batal lesen.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu boleh dikenakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) jika didapati bersalah.

"Semakan awal mendapati bas persiaran itu dilesenkan di bawah syarikat M Kumar Trans Tour Sdn Bhd dan kami sedang bekerjasama dengan agensi terlibat bagi mendapatkan laporan lengkap.

"Tindakan awal juga telah dibuat dengan memanjangkan Surat Tunjuk Sebab (STS) kepada pihak syarikat bagi mendapatkan penjelasan mengenai kejadian," katanya.

Dalam pada itu, APAD turut menegaskan pihak tidak berkompromi terhadap kesalahan melibatkan pengangkutan awam darat yang dipandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan.

Terdahulu, sebuah bas yang dipercayai terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan di kilometer 16.5 Jalan Turun Genting Highlands hingga mengakibatkan dua lelaki warga China maut manakala 19 lagi selamat.

Malah, siasatan polis juga mendapati pemandu bas itu tidak mempunyai lesen memandu selain memiliki 27 saman trafik lampau - Media Telus

#APAD #BAS #KEMALANGAN #GENTINGHIGHLANDS

+ - reset