TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pegawai polis langgar mati pelajar sekolah mohon dibebas dengan ikat jamin

By
|
Kongsi
image

IPOH 1 Julai - Pegawai polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh pelajar lelaki tingkatan lima pada Disember lalu menfailkan permohonan kepada mahkamah untuk dibebaskan dengan jaminan atas alasan dia tidak bersalah.

Menurut Deputi Superintendan Mohd. Nazri Abdul Razak  berusia 45 tahun itu, dia masih belum didapati bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah.

Itu antara alasan dikemukakan pasukan pembelaan diketuai Jacky Loi Yap Loong dalam afidavit yang difailkan sebelum ini.

Peguam itu memohon jaminan dibenarkan ke atas anak guamnya dengan alasan mahkamah mempunyai budi bicara mengikut Seksyen 388 Kanun Acara Jenayah untuk memberikan jaminan bagi kesalahan tidak boleh dijamin.

Pada 23 November 2006, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang didakwa bersubahat membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibebaskan dengan jaminan RM1 juta.

Memetik laporan Kosmo, pada prosiding Mei lalu, Jacky Loi memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa pihaknya akan mengemukakan permohonan berhubung ikat jamin terhadap lelaki itu.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet mengarahkan pihak-pihak terlibat memfailkan hujahan mereka berhubung perkara berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 Ogos ini untuk sebutan semula kes. Pada tarikh tersebut mahkamah akan menetapkan tarikh pendengaran permohonan jaminan tersebut. 

 

#mahkamah #ipoh #polis

+ - reset