TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Hukuman penjara Lokman Adam diubah kepada bon berkelakuan baik

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 1 Julai - Hukuman penjara sebulan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Lokman Noor Adam diubah kepada bon kelakuan baik selama setahun atas kesalahan menakut-nakutkan saksi.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Hakim Nallini Pathmanathan berkata, hukuman diubah kerana Lokman telah membuat permohonan maaf sepenuhnya dan tanpa syarat kepada mahkamah sebelum keputusan dibuat.

“.Terdapat perubahan material keadaan hari ini kerana perayu telah berjanji untuk tidak mengulangi tindakannya,” kata Nallini.

Panel Mahkamah Persekutuan itu turut dianggotai Hakim Rhodzariah Bujang dan Abu Bakar Jais.

Hukuman hari ini bermakna mahkamah boleh memanggil semula kes Lokman jika dia melakukan salah laku dalam tempoh setahun dan mengenakan hukuman yang sewajarnya.

+ - reset