TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PGIRM serah memorandum, desak KWSP benar pengeluaran Akaun 1

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 1 Julai - Satu memorandum berkaitan desakan dan gesaan pencarum yang menuntut hak sama rata pencarum yang tercicir kerana memiliki baki kurang RM20,000 dan tidak mempunyai baki diserahkan di depan bangunan Parlimen hari ini.

Memorandum itu turut mendesak pengeluaran dari Akaun 1 terus ke akaun bank pencaum atau dipindakan ke dalam akaun fleksibel dengan kadar segera.

Memorandum itu diserahkan tiga badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Global Human Rights Federation (GHRF).

Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir berkata, tujuan memorandum itu adalah untuk YB dan pihak kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar meluluskan tuntutan ini dengan kadar segera.

"Kami menuntut hak samarata kepada 12 juta ahli pencarum KWSP, kerana dengan pelancaran akaun fleksibel kami mendapati bahawa ianya bersifat berat sebelah tidak memihak kepada seluruh pencarum KWSP.

"Pencarum yang mempunyai baki yang banyak dalam akaun 2 mendapat manfaat dan mereka ini tidak terkesan. Yang terkesan adalah pencarum yang tidak ada lagi baki di akaun 2 yang kurang daripada RM20,000.00 ke bawah tidak mendapat manfaat dan tidak dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azmi, pihaknya memohon KWSP memberi dua pilihan iaitu pertama, memberikan kelonggaran demi berlaku adil dan hak sama rata kepada semua pencarum.

"Atau yang kedua, batalkan sahaja keahlian pencarum yang tercicir ini, tidak lagi menjadi Ahli KWSP dan pulangkan wang mereka.

"KWSP tidak perlu fikirkan lagi masa depan mereka dan juga hari persaraan ahli pencarum. Pandai - pandailah ahli pencarum untuk meneruskan kehidupan dengan cara mereka.

"Mereka tidak mengganggu lagi pihak KWSP andai kata pilihan pertama tidak dipersetujui. Justeru itu kami menggesa dan mendesak kepada wakil-wakil- wakil rakyat untuk menyuarakan hasrat pencarum yang tercicir ini dengan kadar segera," katanya. - Media Telus

#KWSP #PGIRM #MEMORANDUM #AKAUN1

+ - reset