TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

Fayshal dakwa ketua kampung sokong kerajaan dapat peruntukan sepatut diberi kepada MP pembangkang

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 1 Julai - Ahli Parlimen Machang daripada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, mendakwa peruntukan yang sepatutnya diterima sebagai wakil rakyat sudah dilencongkan.

Wan Ahmad Fayshal berkata peruntukan berkenaan dilencongkan dengan menyalurkannya kepada parti politik yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

Selain itu, beliau mendakwa tiada audit dilakukan oleh penerima peruntukan itu seperti yang dilaksanakan oleh pihaknya selama ini.

"Sebenarnya peruntukan Ahli Parlimen pembangkang dilencongkan kepada parti-parti politik (yang menyokong) kerajaan (Perpaduan). Macam di Machang, yang dapat sebenarnya adalah ketua kampung daripada UMNO, ketua kampung PKR dan (Parti Amanah Negara) AMANAH.

"Kita tidak tahu (bagaimana) perbelanjaan) daripada ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) yang sampai kepada mereka ini diaudit macam mana,"

"Jadi sebenarnya bila sampai kepada kami, Ahli Parlimen yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU)... Peruntukan yang masuk dalam akaun kami audit, kami laporkan apa dan berapa yang kami belanjakan," katanya pada sidang media di luar Parlimen pagi tadi.

"Ini bukan soal rundingan tapi soal politik balas dendam sehingga menghukum rakyat susah di kawasan pembangkang. Perkara ini salah dan kena tentang bersama," katanya.

 

+ - reset