Berita Sukan
Pemain badminton China meninggal dunia di gelanggang
![image](https://imgs.mediatelus.com/kapsyen---2024-07-01T120155-878.png)
KUALA LUMPUR 1 Julai – Kem badminton China kehilangan permata berharga apabila pemain perseorangannya, Zhang Zhi Jie meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) di Yogyakarta, Indonesia malam semalam.
Difahamkan,kejadian berlaku ketika pemain muda itu beraksi menentang Jepun dalam saingan peringkat kumpulan pada jam 12.20 malam.
Sebelum kejadian Zhi Jie dilihat menunggu pukulan servis daripada pemain lawan, sebelum tiba-tiba rebah di gelanggang.
Berita sedih itu dikongsi menerusi kenyataan bersama Badminton Asia dan Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI).
“Pemain perseorangan China, Zhi Jie rebah di atas gelanggang ketika beraksi. Doktor kejohanan dan pasukan perubatan kemudian bergegas memberi bantuan awal.
"Dia kemudian dikejarkan ke hospital menerusi ambulans, namun meninggal dunia pada jam 23.20 waktu tempatan semalam (Ahad)," kata kenyataan tersebut.
Badminton Asia, PBSI dan Jawatankuasa Penganjur merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Zhi Jie dan Persatuan Badminton China (CBA).
"Dunia badminton kehilangan pemain berbakat,” katanya.
Selepas acara berpasukan saingan akan bersambung dengan pertandingan kategori individu.
#BADMINTON #CHINA #REBAH
Berita berkaitan
July 4, 2024, 11:48 am
Bekalan selesa 5 gol, JDT tetap anggap MUFT bukan lawan mudah
July 2, 2024, 2:27 pm
MOM setuju tukar baju kontinjen Malaysia, rekaan baharu lebih 'garang'
July 2, 2024, 10:12 am
Pemain badminton remaja China meninggal akibat serangan jantung
June 30, 2024, 11:24 am
Menang 5-0, Bidoglio akui tak mudah lawan MUFT
June 28, 2024, 11:26 am
JDT turun kesebelasan terbaik lawan MU
June 27, 2024, 2:35 pm
Derbi utara, KDA FC sedia tewaskan Penang FC kali kedua
June 26, 2024, 4:31 pm
Selangor FC ada 4 hari lagi kemuka rayuan - MFL
June 26, 2024, 2:21 pm
Selepas Altimet, Datuk Rizam sumbang separuh gaji bayar denda Selangor FC
June 26, 2024, 10:19 am