TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Penagih dadah larian diri selepas kelar leher OKU hingga parah di Kluang

By
|
Kongsi
image

KLUANG 1 Julai - Seorang orang kurang upaya (OKU) terpaksa menanggung kesakitan selepas lehernya dikelar pisau lipat oleh seorang lelaki di bawah pengaruh dadah dalam kejadian di sini jam 1.50 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata mangsa berusia 32 tahun itu dilaporkan stabil dan suspek berusia 45 tahun berjaya ditahan berhampiran sebuah stesen minyak Taman Bersatu di sini pada 6.17 petang

"Mangsa dikejarkan ke zon merah Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang dengan luka panjang di leher sebelah kiri dan di bahagian hadapan kanan leher.

"Terdahulu, pada 1.50 tengah hari, Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian seorang lelaki tempatan dikelar pada lehernya di hadapan sebuah kedai runcit Taman Kluang Barat, Kluang.

"Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan kes jenayah dan kes narkotik. Saringan kencing mendapati suspek positif dadah jenis morphine," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan suspek direman selama empat hari bermula hari ini.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda atau kedua-duanya," katanya

Dalam pada itu, seorang saksi kejadian dikenali sebagai Suhaida, mendakwa melihat suspek melarikan diri sejurus menyerang mangsa.

"Suspek ada bertekak dengan mangsa sebelum kejadian dan selepas itu suspek lari meninggalkan mangsa yang berdiri dalam keadaan berlumuran darah di leher serta meminta tolong," katanya.

#OKU #PARAH #KELAR

+ - reset