TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Syed Saddiq tiba di Parlimen selepas tiga hari laksana ‘Langkah Muar’, berjaya kumpul RM160,000

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 1 Julai – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selamat tiba di luar Parlimen kira-kira jam 9.30 pagi tadi selepas berjaya menamatkan misi ‘Langkah Muar’ selama tiga hari sebagai inisiatif mengumpulkan peruntukan bagi kawasan yang diwakilinya itu.

Syed Saddiq memulakan larian sejauh 200km pada Jumaat lalu turut berjaya meraih sumbangan sebanyak RM160,000 setakat pagi tadi.

Ketika ditemui di luar Parlimen, Syed Saddiq meluahkan rasa syukur dan pengjargaan kepada pihak yang sanggup memberi sumbangan wang tunai kepadanya biarpun nilai kecil.

Malah, Syed Saddiq mahu semua pihak membuka mata berhubung isu diskriminasi peruntukan Ahli Parlimen pembangkang yang masih berlarutan sehingga kini.

"Usaha kecil ini saya mulakan di Muar. Jangan guna lagi alasan rundingan itu, rundingan ini kerana rundingan sudah berlaku berkali-kali, bukan sekali dua bahkan sudah hantar surat tiga kali.

"Ini bukan soal rundingan tapi soal politik balas dendam sehingga menghukum rakyat susah di kawasan pembangkang. Perkara ini salah dan kena tentang bersama," katanya.

Daripada jumlah sumbangan yang diterima, Syed Saddiq berkata lebih 2,000 rakyat Malaysia menderma.

Beliau berkata bukan saja sumbangan menerusi dalam talian saja diterima bahkan ada yang sanggup berjumpanya secara bersemuka untuk menyerahkan wang tunai sewaktu sedang berlari.

"Bukan sekadar sumbang dalam talian kerana sambil saya berlari, ramai berhenti bagi RM20, RM50, RM100, bakkan ada yang beri RM1. Amat luar biasa sekali kerana mereka tak pernah jumpa saya secara fizikal.

"Ada juga tak pernah jejak kaki di Muar pun ada tapi saya lihat mereka in ada aspirasi yang sama, bukan sekadar (tertumpu) di Muar tapi Malaysia secara keseluruhannya.

"Apa adalah (demi) rakyat Malaysia (selaku) pembayar cukai tetap. Mereka kena dapat keadilan dan janganlah hukuman mereka kerana warna politik," katanya.

Syed Saddiq memulakan inisiatif 'Langkah Muar' pada Jumaat lalu sebagai tanda protes terhadap kerajaan berikutan menafikan peruntukan bagi Parlimen pembangkang.

Beliau berlari sejauh 200 km iaitu dari Muar ke Parlimen untuk meraih dana bagi pusat khidmatnya di kawasan tersebut.

Syed Saddiq memberitahu beliau akan terus masuk ke Parlimen untuk mengikut sesi perbahasan.

+ - reset