TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Blackrock bukan isu baharu, PM sebelum ini juga beri pendapat sama - PM

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 1 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu Blackrock bukan sesuatu yang baharu kerana pernah disebut oleh pemimpin negara sebelum ini pada 2018.

Menurut Anwar, pada tahun itu, bekas Perdana Menteri ketika berada di London pernah memaklumkan kepentingan syarikat itu unutk masuk ke Malaysia.

Malah jelasnya, pada 2021 juga, Perdana Menteri ketika itu juga meluluskan cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyerahkan kepada Blackrock menguruskan dana khas KWSP sebanyak RM600 juta.

Namun, ada yang kata perkara itu berlaku sebelum 7 Oktober (2023) Dan sebelum 'genocide' yang mana Anwar berkata, perkara itu adalah fahaman sejarah politik yang lemah.

Jelasnya, Israel sudah bertindak zalim terhadap Palestin sejak 1948, kezaliman yang sangat jelas tetapi tidak ada yang pertikai.

 

Disebabkan itu kata Anwar, orang ramai diminta supaya tidak membahas polemik isu Blackrock ini yang dikaitkan dengan Israel hingga merosakkan kepentingan negara.

Apatah lagi katanya bahawa negara mempunyai pendirian yang jelas mengenai su Gaza dan Palestin berbanding negara lain.

"Kita ini negara berkembang, kita lihat tahap keupayaan kita, jangan kerana nafsu serakah, kita nak tunjuk hebat, kita rosakkan kepentingan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Media Telus

#ANWARIBRAHIM #PERDANAMENTERI #BLACKROCK

+ - reset