TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh di persimpangan lampu isyarat

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 1 Julai - Dua anggota polis cedera selepas kereta peronda yang dinaiki terlibat kemalangan selepas dilanggar sebuah kereta lain di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kayangan-Persiaran Bestari pada kelmarin

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.10 malam ketika kedua-dua anggota berada dalam kereta polis untuk ke lokasi kejadian pergaduhan di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam.

Ketika tiba persimpangan lampu isyarat Persiaran Kayangan-Persiaran Bestari, kereta peronda itu telah dilanggar oleh sebuah kereta jenis Honda City yang bergerak lurus semasa lampu isyarat hijau.

Akibat kemalangan itu, kedua-dua polis mengalami luka di bahagian tangan, muka serta bengkak di dahi dan kepala serta dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi  pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Insp Zaharizul bin Zamri ditalian 019-3229097. - Media Telus

#SHAHALAM #POLIS #MEDIATELUS

+ - reset