TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

NTW 2024 berjaya sediakan 65,115 kursus latihan berjumlah RM323 juta

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI
 

KUALA LUMPUR 30 Jun - Sebanyak 65,115 kursus latihan berjumlah RM323 juta disediakan sepanjang Minggu Latihan Kebangsaan (NTW2024) yang diadakan di seluruh negara.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, kursus latihan percuma itu bukan dibiayai kerajaan, sebaliknya oleh 1,400 penaja yang menyediakan latihan.

“375,817 peserta telah menjadi peserta dengan peserta paling muda berusia 4 tahun yang mengikuti kursus Mini Brick Lego Challenge di Kuala Lumpur.

“Peserta paling tua pula berusia 73 tahun yang mengikuti kursus Pentadbiran Harta Pusaka di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Kemuncak dan Penutup Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024, di pekarangan parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Menteri Kesuma, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; Ketua Setiausaha Kesuma, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood.

NTW 2024 yang bermula Isnin, dianjurkan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) di bawah naungan Kementerian Sumber Manusia, bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma.

Program latihan percuma itu melibatkan lima teras utama iaitu kemahiran hidup; kemahiran masa depan; kreativiti dan inovasi; kewangan; dan pembangunan mampan.

Lima teras tersebut dipilih berdasarkan keperluan bakat dan industri di Malaysia.

Untuk rekod, golongan paling ramai menjadi peserta berusia antara 19 hingga 40 tahun (72.8%) diikuti peserta berusia 41-60 (21.9%).

Dalam pada itu, Sim berkata, negara kini menjadi ‘headstart’ untuk pelaburan dan pasaran pelaburan amat yakin dengan Malaysia.

“Malaysia kini merupakan destinasi dyarikat teknologi terkini atas usaha Anwar. Jadi tidak mustahil kita boleh bangunlan satu latihan tempatan bertaraf dunia

“Kita akan gembleng semua usaha jabatan dan agensi di bawah Kesuma untuk mencapai 35 peratus tenaga mahir,” katanya. - Media Telus
 

#KESUMA #STEVENSIM #HRDCORP

+ - reset