TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Semua pelajar 10A tanpa kira kaum dijamin masuk matrikulasi - PM

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 30 Jun - Pelajar yang mendapat 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tanpa mengira kaum dijamin mendapat tempat di Matrikulasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat dan dipersetejui jemaah Menteri pada Jumaat lalu.

“Kerajaan Madani bermula tahun ini akan menjamin semua pelajar tanpa mengira kaum untuk mendapat tempat di Matrikulasi Asasi.

“Saya tak mahu perkara ini ada isu melibatkan kaum lagi. Ini keputusan yang berani tetapi bukan gambaran kita dah selesaikan masalah keadilan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Kemuncak dan Penutup Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024, di pekarangan parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Menurut Anwar, keputusan itu mengiktiraf kecemerlangan tanpa menyisihkan dasar kuota Bumiputera dan Akta 153 yang ada dalam perlembagaan.

“Ada yang kata kuota Bumiputera seperti menindas orang lain sedangkan perkara itu hanya menimbulkan kebrbcian yang tidak akan menyelesaikan masalah.

“Kita cari jalan penyelesaian tetapi jangan kita lupakan perlembagaan, pertahankan dasar bumiputera termasuk orang Melayu.

“Dengan harapan semangat perpaduan dapat dipupuk dan rundingan ini yang kita nak galakkan, bukan penyelesaian dengan menanam kebencian atau permusuhan,” katanya. - Media Telus

#ANWARIBRAHIM #PERDANAMENTERI #MATRIKULASI

+ - reset