TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Polis siasat hantaran FB dakwa TMJ tuduh Pengarah SPRM terlibat rasuah

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 30 Jun - Polis sedang menyiasat satu hantaran di media sosial mengaitkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dalam tuduhan rasuah terhadap seorang individu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, dakwaan itu dibuat menerusi akaun Facebook Kelab Penyokong PAS Malaysia.

"Hantaran itu mendakwa Tunku Mahkota Ismail mengatakan Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin meminta rasuah berjumlah RM20 juta daripada Qatar Holdings, pada 28 Jan tahun lepas.

"Satu laporan berkaitan dakwaan itu juga dibuat di Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi kira-kira 4.05 petang, semalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut M Kumar, siasatan kini dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jelasnya, kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan platform tersebut dengan menyalahi undang-undang.

Tambahnya, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang membuat hantaran, menularkan ataupun berkongsi maklumat berbaur hasutan, fitnah dan palsu sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara. - Media Telus

#JOHOR #MKUMAR #TUNKUMAHKOTAISMAIL #PENGARAHSPRM

+ - reset