Berita Berita
PM hadir Majlis Kemuncak, Penutup NTW 2024 petang ini
![image](https://imgs.mediatelus.com/Copy-of-kapsyen---2024-06-30T102620-106.jpg)
KUALA LUMPUR 30 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyempurnakan Majlis Kemuncak dan Penutup Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024, petang ini di pekarangan parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil.
NTW 2024 yang bermula Isnin, dianjurkan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) di bawah naungan Kementerian Sumber Manusia, bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma.
Program latihan percuma itu melibatkan lima teras utama iaitu kemahiran hidup; kemahiran masa depan; kreativiti dan inovasi; kewangan; dan pembangunan mampan.
Lima teras tersebut dipilih berdasarkan keperluan bakat dan industri di Malaysia.
Setakat Khamis, NTW 2024 berjaya mendaftarkan kira-kira 330,000 rakyat Malaysia dalam 65,000 kursus latihan percuma, melepasi sasaran asal KSM iaitu 200,000 peserta dalam 25,000 kursus.
NTW yang dilancarkan buat pertama kali tahun lepas, berjaya menyediakan lebih 21,000 kursus latihan percuma kepada lebih daripada 129,000 rakyat Malaysia, di samping mencatatkan lebih daripada 503,000 jam latihan. - Bernama
Berita berkaitan
July 8, 2024, 6:38 pm
Mamat Exist akui ambil dadah, didenda RM4,000
July 8, 2024, 6:29 pm
Anwar lulus peruntukan RM1 juta untuk Kompleks Pendidikan Al-Ummah
July 8, 2024, 6:15 pm
Kerajaan teliti dakwaan subsidi diesel bersasar punca PH kalah PRK - Fahmi
July 8, 2024, 4:59 pm
HRD Corp catat keuntungan konsisten, mampu tanggung dana levi
July 8, 2024, 2:54 pm
Terkejut jumpa bom mortar ketika bersihkan rumah sewa
July 8, 2024, 2:31 pm
Pelakon tumbuk mata, badan teman wanita
July 8, 2024, 1:04 pm
Kedudukan kewangan stabil, MEF puji pasukan pengurusan HRD Corp
July 8, 2024, 12:22 pm
Dua budak kritikal lepas termakan keropok racun tikus
July 8, 2024, 11:42 am