Berita Berita
Penurunan kadar surcaj ICPT dijangka dapat turunkan harga barang - PM
![image](https://imgs.mediatelus.com/Copy-of-kapsyen---2024-06-30T095933-967.jpg)
BUTTERWORTH 30 Jun - Penurunan kadar surcaj Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) kepada pengguna komersial dan industri dijangka dapat menurunkan harga barangan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, pihak kerajaan bersetuju untuk menurunkan kadar surcaj ICPT kepada syarikat besar dengan maksud mereka dapat membantu dalam usaha mengurangkan harga barangan.
"Kita akan pantau adakah penurunan kadar elektrik ini akan membawa kesan penurunan harga barang," katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Beliau berkata kerajaan Persekutuan melaksanakan subsidi elektrik secara bersasar dengan syarat utama ia tidak akan menjejaskan kepentingan majoriti rakyat Malaysia.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan semalam mengumumkan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung mulai 1 Julai hingga 31 Disember ini.
Kenyataan itu memaklumkan penurunan surcaj sebanyak 1 sen/kWj kepada kategori lampu jalan (tarif G dan G1) di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), manakala pengguna komersial dan industri juga akan mengalami penurunan kadar surcaj ICPT sebanyak 1 sen/kWj, bagi tempoh sama.
Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di The Light Hotel, di sini.
Anwar berkata, mesyuarat yang berlangsung lebih kurang dua jam bermula jam 5.50 petang itu, membincangkan isu-isu melibatkan orang Melayu dan Bumiputera di Pulau Pinang, serta program yang boleh dianjurkan bagi membantu mereka.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohammad Abdul Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar negeri, Rashidi Zinol. – Bernama
#ICPT #SURCAJ #HARGABARANG #PERDANAMENTERI #ANWARIBRAHIM
Berita berkaitan
July 8, 2024, 6:38 pm
Mamat Exist akui ambil dadah, didenda RM4,000
July 8, 2024, 6:29 pm
Anwar lulus peruntukan RM1 juta untuk Kompleks Pendidikan Al-Ummah
July 8, 2024, 6:15 pm
Kerajaan teliti dakwaan subsidi diesel bersasar punca PH kalah PRK - Fahmi
July 8, 2024, 4:59 pm
HRD Corp catat keuntungan konsisten, mampu tanggung dana levi
July 8, 2024, 2:54 pm
Terkejut jumpa bom mortar ketika bersihkan rumah sewa
July 8, 2024, 2:31 pm
Pelakon tumbuk mata, badan teman wanita
July 8, 2024, 1:04 pm
Kedudukan kewangan stabil, MEF puji pasukan pengurusan HRD Corp
July 8, 2024, 12:22 pm
Dua budak kritikal lepas termakan keropok racun tikus
July 8, 2024, 11:42 am