TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pegawai, anggota TDM cedera, pesawat buat pendaratan cemas

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 28 Jun - Pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas pesawat M81-11, Agusta A109 LOH, terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Landasan Terbang Kluang, Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (Rej 881 PUTD), Kem Mahkota Kluang, Johor awal pagi tadi.

Kesemua mereka berada dalam pesawat itu semasa melakukan latihan penerbangan malam.

Sel Perhubungan Raya Tentera Darat dalam kenyataan berkata, insiden itu berlaku kira-kira pukul 1.35 pagi.

"Terdapat krew yang mengalami kecederaan dan mereka telah dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang bagi menerima rawatan lanjut dan mereka berada dalam keadaan stabil.

“Insiden ini melibatkan tiga anak kapal yang terdiri daripada seorang jurulatih helikopter, seorang penuntut kursus dan seorang krew kuatermaster.

“Kesemua krew yang terlibat dalam keadaan sedar dan hasil awal pemeriksaan perubatan telah mengenal pasti beberapa kecederaan yang dialami oleh pegawai dan anggota seperti patah tulang belakang dan luka-luka di beberapa bahagian anggota badan serta lain-lain kecederaan yang masih belum dikenal pasti,” katanya.

Sementara itu, TDM melaksanakan Henti Terbang Sementara (temporary grounded) bagi helikopter berkenaan.

Menurut kenyataan itu, retifikasi dan one-time inspection akan dilakukan untuk mengembalikan status terbang pesawat dengan segera.

Dalam masa yang sama, katanya satu Lembaga Siasatan akan disidangkan bagi mengenal pasti punca kejadian.

TDM meminta orang ramai tidak membuat spekulasi dan mendoakan agar kesemua anak kapal diberikan kesembuhan. - Media Telus

#TDM #PENDARATANKECEMASAN #JOHOR

+ - reset