TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Ibu ayah pukul anak hingga maut sebab tertumpahkan air, tanam mayat sebelah rumah

By
|
Kongsi
image

KEDIRI 28 Jun – Hanya kerana tertumpahkan air, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut selepas dipukul oleh ayah tiri dan ibunya.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila suspek yang juga ayah tiri mangsa mengamuk selepas kanak-kanak itu tidak mengaku menumpahkan air minuman sehingga menyebabkan lelaki itu hilang kawalan dan memukul mangsa dengan kejam.

Menurut laporan media tempatan, kejadian pembunuhan itu dilakukan di Desa Tugurejo, Kecamatan Ngasem, Kabubaten Kediri, Jawa Timur pada 22 Jun.

Ketua Unit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA) Sat Reskrim Polres Kediri Ipda Hery Wiyono yang mengesahkan kejadian itu berkata, insiden yang berlaku pada waktu malam itu bermula apabila pelaku mendapati segelas air tumpah, dan bertanyakan siapa yang melakukannya.

"Saat itu ayah tirinya bertanyakan siapa yang membuatkan air itu tumpah kepada mangsa, bagaimanapun mangsa berdolak-dalik dan menuding jari kepada ibunya.

"Sebaliknya reaksi ibu mangsa pula menuduh bahawa anaknya itu berbohong, lantas menampar dan mencubit mangsa, dan perbuatan itu telah turut mendorong ayah tirinya memukul mangsa hingga dia meninggal dunia," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Panik dengan apa yang berlaku mereka mengebumikan anak malang itu di kawasan berdekatan kediaman mereka tinggal.

Bagaimanapun, tindakan mereka itu tidak lama kemudian diketahui oleh nenek mangsa yang sekali gus membuat laporan polis.

Dalam pada itu polis Kediri KP Fauzy Pratama berkata, mangsa dibunuh menggunakan senjata tumpul.

"Selepas bedah siasat terhadap mangsa dilakukan, kita dapati berlakunya pendarahan di bahagian kepala dipercayai dipukul dengan benda tumpul.

"Mangsa juga dipercayai kerap dipukul sebelum ini," katanya lagi. – Agensi

#MAUT #PUKUL #BUDAK

+ - reset