TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Rumah tingkat tiga flat Jalan Desa Pandan musnah akibat kebakaran

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 28 Jun - Sebuah kediaman tingkat tiga di flat Jalan Desa Pandan, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 6.18 pagi.

Katanya, seramai 23 anggota lain-lain pangkat dan jentera dikerahkan ke lokasi kejadian keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak, Pudu, Jalan Hang Tuah dan Keramat.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah unit rumah di tingkat tiga yang berkeluasan 750 kaki persegi (kps)

“Kebakaran di unit rumah itu musnah sebanyak 100 peratus dan berjaya dikawal daripada merebak unit lain. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada  dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - Media Telus

+ - reset