TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PDRM terima dana terbesar RM1.35 bilion bina IPD, kuarters baharu tahun ini

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 28 Jun – Sebanyak RM1.35 bilion diperuntukkan untuk pembangunan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun ini bagi melaksanakan 12 projek pembangunan fizikal baharu.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain, berkata peruntukan yang diluluskan melalui Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) itu akan digunakan untuk pembinaan, antaranya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai polis.

Katanya, projek itu termasuk pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), balai polis dan kuarters perumahan di beberapa negeri.

"Bagi projek pembangunan fizikal baharu bagi PDRM, sudah diluluskan sebanyak 12 projek bawah RP4 RMK12 dengan implikasi kewangan RM1.35 bilion yang mana ia jumlah paling banyak diluluskan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Ia membabitkan projek pembinaan IPD, kuarters perumahan dan fasiliti lain, antaranya IPD Kemaman dan Balai Polis Kijal, Terengganu; IPD dan Balai Polis Padang Besar serta perumahan Perlis; IPD dan Balai Polis Nabawan dan perumahan Sabah.

"Balai Polis Jelutong dan perumahan Pulau Pinang, bengkel pengangkutan IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Kedah; dan menara tinjau pos Batu Putih, Perlis," katanya ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan KPN Bulan Jun 2024 anjuran Jabatan Logistik dan Teknologi.

Pada masa sama, Razarudin turut mahu PDRM menjalankan pemantauan secara menyeluruh terhadap sebarang bentuk aktiviti oleh individu mahupun kumpulan radikal atau pelampau agama di negara ini.

#BAJET #PDRM #BALAIPOLIS

+ - reset