TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kereta rempuh tiang elektrik, tiga maut, seorang cedera parah

By
|
Kongsi
image

KLUANG 28 Jun - Tiga maut manakala seorang lagi parah selepas Proton Wira yang dinaiki terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Jalan Renggam, Simpang Rengam, di sini malam tadi.

Difahamkan, kesemua mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohamad Ziyad Azmi, Ahmad Manan Zaini dan Muhamad Adib Ahmad Shahfarin, semuanya berusia 21 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa yang parah pula dikenali sebagai Nor Aminul Fitri Nor Azmi juga 21 tahun tahun, dikejarkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II  Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Shoromi Salih berkata, pihaknya menerima pangglan kecemasan kira-kira pukul 11.45 malam.

"Semua mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Kluang dengan menggunakan peralatan khas.

"Pemandunya tidak dapat disahkan kerana keadaan semua mangsa bertindih ketika ditemui pasukan bomba," katanya.

Katanya, operasi ditamatkan pada 1.13 pagi itu membabitkan 14 anggota, dua jentera ERT dan masing masing sebuah jentera EMRS dan RIM. - Media Telus

#KEMALANGANMAUT #KLUANG #BOMBA 

+ - reset