TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Zambry ramal pendidikan di universiti akan lebih fokus pada industri

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 27 Jun - Pendidikan di universiti diramal akan berlaku lonjakan yang mana fokus utama akan lebih tertumpu kepada industri.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, disebabkan itu adalah penting untuk program dan kurikulum disesuaikan untuk memenuhi keperluan negara dan permintaan industri.

"Sebagai contoh, pelajar boleh menghabiskan tiga tahun di universiti dan tiga tahun dalam industri.

"Pada masa ini, kami mencadangkan program empat tahun sepenuhnya berasaskan industri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Ministers Pioneering Excellence: Creating A Talent-Driven Economy Government Policies and Practices' Programme, yang dianjurkan HRD Corp bersempena National Training Week (NTW) 2024.

Menyedari kepentingan kaedah latihan dan pengajaran yang fleksibel, Zambry percaya istilah "universiti" akhirnya akan digantikan dengan "multiversity" apabila sektor pendidikan berkembang.

Dalam "multiversity" katanya, pelajar boleh memilih kursus dari institusi yang berbeza, mencerminkan trend ke arah pendidikan yang pelbagai dan khusus.

"Universiti atau fakulti yang berbeza akan menawarkan bidang pengajian khusus manakala pelajar  akan memilih kursus mereka, dan kita mesti bersedia untuk perubahan ini," katanya. - Media Telus

#ZAMBRYABDKADIR #MENTERI #HRDCORP

+ - reset