TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

TVET penting untuk wujudkan negara industri

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 28 Jun - Pemikiran tradisional yang menganggap mereka yang mengambil Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kerana gagal melakukan perkara lain perlu diubah.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, negara membangun melihat TVET sebagai sesuatu yang penting.

"Untuk mewujudkan negara industri, TVET adalah perkara penting. Negara lain seperti Jerman juga mengutamakan TVET.

"Kita kena pastikan keluarga dan penjaga untuk faham keperluan negara sekali gus menyokong TVET.

"Selain itu, industri juga memainkan peranan penting dalam memastikan pelajar TVET ada peranan khusus untuk negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Ministers Pioneering Excellence: Creating A Talent-Driven Economy Government Policies and Practices' Programme, yang dianjurkan HRD Corp bersempena National Training Week (NTW) 2024.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, kekurangan tenaga kerja kemahiran yang betul khususnya dalam profesion kejuruteraan merupakan isu tenaga kerja yang paling mencabar bagi Malaysia.

"Tanpa pengurusan modal insan yang betul, amat sukar bagi kita untuk merealisasikan aspirasi untuk menjadi sebuah negara yang sangat perindustrian," katanya.

Jelasnya, banyak syarikat melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang akan memanfaatkan tenaga kerja tempatan. - Media Telus

#TENGKUZAFRUL #TVET #HRDCORP

+ - reset