TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

CAAM sahkan pesawat ringan mendarat cemas di Pelabuhan Klang

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 27 Jun - Sebuah pesawat ringan model Piper PA-28-161 dengan pendaftaran 9M-ANA dilaporkan melakukan pendaratan cemas di sebuah kawasan lapang berhampiran Pelabuhan Klang, hari ini. 

 Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan perkara berkenaan sebentar tadi. 

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat itu yang dikendalikan oleh Kelab Penerbangan Subang dinaiki dua individu telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 2.50 petang.

"Menara kawalan Subang menerima panggilan kecemasan pada 2.58 petang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu, beliau berkata Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) telah diaktifkan pada 3.10 petang setelah menerima maklumat bagi tujuan koordinasi operasi mencari dan menyelamat.

"Siasatan akan dijalankan di bawah Bahagian XXIII Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016," katanya. 

 

#pesawat #mendarat #pelabuhanklang 

+ - reset