TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Polis tahan 'pak guard', dua remaja disyaki rogol gadis 13 tahun dalam sekolah di Kota Damansara

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 27 Jun - Seorang gadis berusia 13 tahun berdepan episod hitam hidupnya apabila dirogol tiga lelaki dalam sebuah sekolah di Petaling Jaya, 1 June lalu. 

Antara suspek yang disyaki adalah seorang  pengawal keselamatan dan dua remaja berusia 15 tahun. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, tiga lelaki termasuk dua remaja berusia 15 tahun ditahan pada Selasa kerana disyaki merogol gadis itu di sebuah sekolah di Kota Damansara.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal dilakukan, kesemua suspek yang berusia 15 hingga 24 tahun tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kata beliau, gadis berkenaan difahamkan telah berkenalan dengan suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelajar di sekolah sama menerusi aplikasi media sosial.

"Mangsa dijemput oleh suspek bersama seorang lagi rakannya yang merupakan pengawal keselamatan sekolah menaiki kereta.

"Gadis itu kemudiannya dibawa ke sebuah kelas di sekolah berkenaan sebelum dirogol oleh dua suspek tersebut jam 12.50 tengah malam," katanya pada Khamis.

Mengulas lanjut, Shahrulnizam berkata, mangsa dan suspek menaiki kereta yang tidak dapat dikenal pasti nombor pendaftarannya.

Menurut beliau, pengawal keselamatan berusia 24 tahun itu dipercayai telah berkomplot dalam membantu membuka kelas di sekolah terbabit, sebelum merogol mangsa.

Dalam kejadian itu, tambahnya, datang seorang lagi individu iaitu suspek ketiga yang berusia 15 tahun turut melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa.

"Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bermula Rabu sehingga 2 Julai ini," ujarnya. - Media Telus

 

#ROGOL #GADIS #PENGAWALKESELAMATAN 

+ - reset