TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penjualan diesel berkurang bukti subsidi disalah guna - Fuziah

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 27 Jun - Penjualan diesel yang berkurang selepas pelaksanaan rasionalisasi membuktikan bahawa subsidi bahan itu disalah guna.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, jualn diesel menunjukkan penurunan sebanyak 30 peratus yang bersamaam pengurangan 8 juta liter sehari.

"Bagi pembelian diesel komersial, yang dijual pada harga pasaran, telah meningkat sebanyak 4 juta liter sehari

"Stesen minyak berhampiran sempadan Malaysia juga mengalami penurunan 40 peratus dalam jualan diesel," katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook miliknya hari ini

Menurut Fuziah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa matlamat utama dasar rasionalisasi subsidi diesel adalah untuk memastikan bahawa pembaziran subsidi tidak lagi berterusan dan memastikan potongan perbelanjaan memberi manfaat kepada populasi yang lebih luas.

Penyasaran subsidi yang sedang dikuatkuasakan membolehkan kerajaan dijangka menjimatkan kira-kira RM4 bilion setahun, dan mengukuhkan kedudukan kewangan negara. - Media Telus

#FUZIAHSALLEH #ANWARIBRAHIM #SUBSIDIDIESEL

+ - reset