TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Enam cedera gara-gara lori terbabas di Kulai

By
|
Kongsi
image

KULAI 27 Jun - Enam cedera selepas terlibat kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 36.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kulai, 11 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, siasatan mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Hino, kereta Honda BRV dan Honda Accord.

"Kemalangan berlaku apabila pemandu lori dari arah utara telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan sebelum masuk ke arah bertentangan.

“Kereta Honda BRV yang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu merempuh hadapan lori.

“Manakala Honda Accord yang dari arah utara telah gagal mengelak dan melanggar lori,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, tiada sebarang kematian ekoran kemalangan ini dan enam mangsa mengalami cedera di kepala, muka serta badan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Media Telus

#KEMALANGAN #CEDERA #LORI #KULAI

+ - reset