TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

NTW 2024 raih sambutan hangat, 280,000 penyertaan pada hari ketiga

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 27 Jun - Lebih 280,000 penyertaan direkodkan setakat hari ketiga Minggu Latihan Kebangsaan (NTW2024) melibatkan lebih 65,000 latihan kemahiran percuma di bawah inisiatif Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp). 

Sambutan mengalakkan itu sekali gus meletakkan HRD Corp sebagai penyedia latihan utama negara yang bernaung di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang berjaya menghimpunkan rakyat Malaysia mempraktikan budaya menuntut ilmu tanpa mengira latar belakang. 

Pengerusi HRD Corp, Datuk Datuk Abu Huraira Abu Yazid berkata, pada awalnya pihaknya menyasarkan 200,000 penyertaan sebelum NTW 2024 bermula dan masih berbaki 4 hari sebelum program berkenaan melabuhkan tirainya. 

"Penyertaan yang mengalakkan dari rakyat Malaysia secara tidak langsung membuktikan semakin ramai mulai sedar akan kepentingan pembelajaran dan pembangunan dalam kehidupan seharian. 

"Ini termasuk mempromosikan kerjasama antara sektor korporat dan agensi kerajaan untuk memperkukuhkan landskap pembelajaran dan pembangunan di Malaysia," katanya katanya pada Program Impak Inklusi Neurodiversiti sempena Minggu Latihan Kebangsaan 2024 (NTW2024), di sini, hari ini. 

Program berkenaan turut diserikan debgan keberangkatan Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim. 

Turut hadir Menteri KESUMA, Steven Sim Chee Keong dan Ketua Pegawai Eksekutif HRC Corp, Datuk Shahul Dawood. 

Dalam majlis berkenaan, seramai 100 perseta terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) berpeluang meningkatkan pemahaman mengenai kekuatan dan kemahiran mereka, serta menambah pengetahuan penting untuk berjaya dalam pekerjaan dan memupuk komuniti yang menyokong.

Orang ramai masih berpeluang mempelajari kurus latihan percuma menerusi kemuncak NTW 2024 yang akan berakhir dengan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 29 dan 30 Jun ini. 

Antara acara yang akan diadakan menampilkan pelbagai aktiviti seperti Pancasains oleh Petrosains, EV Experience oleh Proton, Klinik Sukan, Pertandingan Lego, pameran buku oleh Bookxcess dan Pesta Kerjaya MYFUTUREJOBS antara lain. 

Untuk maklumat lanjut mengenai NTW 2024 dan untuk mendaftar program latihan percuma sepanjang minggu, sila layari www.nationaltrainingweek.gov.my. - Media Telus

#HRDCORP #KESUMA #LATIHAN

+ - reset