TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dakwa MCA tak undi RUU kerajaan, Ka Siong selar Lip Eng

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 27 Jun - Presiden MCA, Wee Ka Siong mengecam Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng kerana menuduh ahli Parlimen parti itu cuba memboikot undi pada Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 semalam.

MCA hanya mempunyai dua ahli Parlimen di Dewan Rakyat iaitu Ka Siong (Ayer Hitam) dan Wee Jeck Seng (Tanjung Piai), yang juga naib presiden parti.

Rang undang-undang untuk membubarkan Mavcom dan memindahkan hak, kuasa dan dananya kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia telah diluluskan melalui undian suara, berikutan Lim meminta Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menyiasat sama ada dua ahli parlimen dari MCA itu sengaja memboikot sidang itu.

Beliau berkata, jika ini benar, mereka harus dipindahkan ke blok pembangkang.

Dalam catatan Facebook, Ka Siong berkata, sembilan lagi ahli parlimen kerajaan tidak mengambil bahagian dalam pengundian, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, serta Menteri pPerumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Ahli Parlimen lain yang tidak turut serta ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Bandar Tun Razak), Datuk Seri Aminuddin Harun (Port Dickson), Chow Kon Yeow (Batu Kawan), dan Datuk Seri Amirudin Shari (Gombak).

Ka Siong bertanya sama ada Perdana Menteri dan kor Ming, seorang menteri daripada DAP, juga perlu dipindahkan ke blok pembangkang.

"Adakah Lip Eng mengatakan individu ini turut memboikot rang undang-undang yang dibentangkan oleh kerajaan?

"Seramai 66 Ahli Parlimen tidak hadir untuk pengundian. Mengapa DAP hanya mempersoalkan dua ahli parlimen MCA?” soalnya. - Media Telus

#WEEKASIONG #MCA #LIMLIPENG #RUU

+ - reset