TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Lelaki maut jatuh dari tingkat 23 ketika curi kabel di Kajang

By
|
Kongsi
image

KAJANG 27 Jun - Seorang lelaki maut selepas terjatuh bangunan manakala rakannya berjaya ditahan ketik cuba mencuri kabel di sebuah apartmen di Kajang Utama pada Rabu.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.20 pagi dan seorang daripada suspek berjaya ditahan pengawal keselamatan apartmen tersebut.

Seorang lagi suspek maut di tempat kejadian dipercayai telah terjatuh dari tingkat 23 bangunan ketika cuba bersembunyi dan melarikan diri.

Suspek dipercayai melompat ke aras lain melalui balkoni, namun tergelincir dan terjatuh ke tingkat empat bangunan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek yang ditahan berusia 31 tahun dan ditemukan bersama enam gulung wayar tembaga serta beberapa peralatan memotong wayar kabel.

"suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau serta hasil saringan ujian air kencing juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Suspek berusia 29 tahun yang maut juga dikesan mempunyai 10 rekod jenayah lampau," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Naazron, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Suresh Krishnan di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan.

Tambahnya, kes diklasifikasi di bawah Seksyen 431A KK Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Media Telus

#CURI #CURIKABEL #KAJANG #JENAYAH

+ - reset