TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Malaysia kedua paling buruk 'work life balance' di dunia

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 26 Jun – Malaysia di kedudukan yang mengamalkan kesimbangan hidup dan kerja (work life balance) kedua terburuk di dunia daripada 60 negara.

Menerusi kajian terkini daripada Remote iaitu sebuah syarikat perkhidmatan sumber manusia global mendedahkan Malaysia menjadi negara Asia yang terburuk dalam indeks tersebut.

“Kajian ini bertujuan untuk mewakili keseimbangan kehidupan-kerja setiap negara dengan tepat, membayangkan semula frasa popular keseimbangan kehidupan-kerja untuk menunjukkan bagaimana perniagaan di setiap negara meletakkan kehidupan sebelum bekerja.

“Rakyat Malaysia didapati bekerja keras daripada yang sepatutnya dan mempunyai sedikit atau tiada masa untuk berehat dan memulihkan tenaga daripada hari yang panjang serta penuh tekanan di tempat kerja,” kata Remote.

Kajian Remote itu menganalisis data yang dikumpul pada Mac 2023 dengan mengambil kira beberapa faktor berkaitan tempat kerja seperti bilangan hari cuti tahunan berkanun, bayaran sakit berkanun minimum, bilangan hari cuti bersalin berkanun, peratusan gaji untuk cuti bersalin berkanun, gaji minimum, penjagaan kesihatan, indeks kebahagiaan, purata waktu kerja mingguan dan hubungan sejenis.

Berdasarkan analisis data itu, Malaysia memperoleh 27.51 markah daripada 100 dan mencatatkan purata minggu bekerja 40.8 jam berserta gaji minimum USD1.07 (kira-kira RM5.04) sejam.

Malaysia juga berkongsi gelaran negara yang paling banyak bekerja bersama Mexico dan Nigeria.

“Pekerja di Mexico, Malaysia dan Nigeria adalah yang paling banyak bekerja, masing-masing menghabiskan lebih 40 jam secara purata setiap minggu, termasuk pekerja sepenuh masa dan sambilan,” kata laporan itu.

Sementara itu, negara yang mendominasi lima tempat teratas dalam senarai tersebut ialah New Zealand, Sepanyol, Perancis, Australia dan Denmark.

Manakala tiga negara Asia teratas ialah Taiwan (tempat ke-16), Singapura (tempat ke-19) dan Korea Selatan (tempat ke-32). 

#MALAYSIA #RANKING #WLB

+ - reset