TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Naib Presiden FAM letak jawatan berkuat kuasa hari ini

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 26 Jun - Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Shahril Mokhtar meletakkan jawatannya dalam badan tersebut serta-merta hari ini.

Menerusi perkongsian oleh wartawan Astro Arena, Shahril telah pun menghantar surat peletakan jawatannya berkuat kuasa hari ini.

Shahril juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor FC merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC.

Shahril merupakan individu yang tidak asing dalam tampuk kepimpinan FAM setelah memegang peranan dalam Naib Presiden FAM bagi penggal 2021-2025 bagi menggantikan pengurus pasukan B-23 terdahulu, Datuk Posa Majais.

Beliau juga sebelum ini terlibat secara langsung terutamanya dalam membela nasib pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim yang diserang asid bulan lalu.

Punca kepada peletakan jawatannya masih belum diketahui secara rasmi ketika ini.

Selangor menerusi satu kenyataan rasmi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menzahirkan kekecewaan terhadap keputusan yang dikeluarkan oleh MFL terhadap The Red Giants.

+ - reset