TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

399 calon tak hadir SPM 2023 berjaya dipujuk duduki peperiksaan tahun ini

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 26 Jun – KPM berjaya memujuk 399 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang tidak hadir tahun lalu untuk menduduki peperiksaan itu tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, usaha memujuk golongan tersebut menduduki peperiksaan SPM tahun ini datang daripada pihak KPM, sekolah dan ibu bapa.

“Berdasarkan analisis KPM, antara punca ketidakhadiran seperti calon bekerja, masalah keluarga, kemalangan, sakit dan juga faktor-faktor yang lain,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu ] apakah tindakan KPM bagi mengatasi isu 10,160 daripada 38,3685 calon SPM 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Terdahulu, Kah Woh menjelaskan, seramai 8,676 daripada calon tidak hadir peperiksaan SPM tersebut merupakan calon sekolah KPM, manakala seramai 1,263 lagi adalah calon persendirian.

Kata beliau, seramai 221 calon lain pula termasuk calon sekolah di bawah agensi kerajaan, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Menengah Agama Rakyat dan sekolah swasta.

“Seramai 3,858 daripada 8,676 calon sekolah KPM yang tidak hadir kerana berhenti sekolah. Calon SPM kawasan bandar tidak hadir peperiksaan itu seramai 6,399, manakala calon luar bandar 2,277 orang.

“KPM tidak mengira calon tidak hadir SPM berdasarkan kaum kerana KPM melaksanakan pendidikan berprinsip manusiawi iaitu anak Melayu, anak India, anak Cina semua anak kita,” katanya. - Media Telus

#spm #calon #2023

+ - reset