TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Rompak 4 kotak rokok guna parang, peniaga buah dipenjara 3 tahun

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 26 Jun – Mahkamah Seysen, di sini, hari ini memerintahkan seorang peniaga buah menjalani hukuman penjara selama tiga tahun dan satu sebatan atas kesalahan merompak empat kotak rokok milik sebuah kedai serbaneka dengan bersenjatakan sebilah parang, Februari lalu.

Hakim, Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah memerintahkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Aznill Abd Kadim, 35, selepas lelaki itu menukar pengakuan bersalah pada sebutan semula kesnya.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 28 Mac lalu.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Aznill didakwa bersama dengan seorang lagi yang masih bebas merompak empat kotak rokok jenama Winston 20's bernilai RM63.60 dengan menggunakan sebilah parang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai serbaneka di Jalan Sentul di sini jam 5.20 pagi pada 28 Februari lalu, mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 dan Seksyen 34 kanun sama.

Hukuman bagi seksyen itu yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu semasa prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan sudah insaf dan mahu berubah ke arah lebih baik.

#mahkamah #rokok #penjara

+ - reset