TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Selepas Altimet, Datuk Rizam sumbang separuh gaji bayar denda Selangor FC

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 26 Jun - Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Perpaduan Negara dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail akan menyumbangkan separuh gajinya sebagai ADUN Sungai Air Tawar kepada Selangor FC selepas pasukan itu didenda kerana menarik diri daripada perlawanan Charity Shield 2024.

Rizam berkata keputusan itu dibuat bersama ADUN Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet dan ADUN Kota Damansara Muhammad Izuan Ahmad Kasim.

"Saya ingin mengumumkan bahawa saya akan mendermakan setengah bulan gaji sebagai ADUN untuk membantu Selangor FC membayar denda.

"Sama ada kami di atas atau bawah, kami tetap setia bersama dan berharap penyokong akan terus memberikan sokongan padu kepada Selangor FC.

"Semoga pemain terus bersemangat dalam mengharungi cabaran ini dan semoga Red Giants kekal menonjol dalam bola sepak Malaysia,” katanya.

Selain didenda RM100,000 dan dipotong tiga mata dalam Liga Super 2024/2025, Red Giants juga perlu membayar pampasan di atas kerugian yang ditanggung Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai pasukan tuan rumah untuk perlawanan pembukaan. musim dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dengan jumlah yang perlu dibayar akan diumumkan kemudian.

Selain itu, perlawanan Liga Super ke-14 antara Selangor dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan berlangsung tanpa penonton. - Media Telus

#ALTIMET #DATUKRIZAM #SELANGORFC

+ - reset