TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kelam-kabut tekan email tak sah, syarikat tanggung rugi lebih RM300,000 ditipu scammer

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 26 Jun – Sebuah syarikat terpaksa menanggung kerugian lebih RM300,000 selepas ditipu sindiket menggunakan Bussiness Email Compromise (BCE) di Batu Pahat, Johor.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata mangsa wanita berusia 41 tahun membuat laporan polis mengenai penipuan itu kelmarin.

Beliau berkata, mangsa yang bekerja sebagai juruwang syarikat itu mencerita kembali ada menerima e-mel daripada sebuah syarikat luar negara kononnya dan berurusan dengan syarikat milik majikannya bagi pertukaran akaun baharu, pada 27 Mac lalu.

"Dalam e-mel diterima, wanita itu memaklumkan individu terbabit memintanya membuat bayaran RM448,215 bagi membiayai kos menyewa kontena.

"Tanpa membuat semakan status e-mel diterima, wanita itu terus memindahkan wang dari akaun syarikatnya ke dalam akaun bank di luar negara seperti mana diminta suspek.

"Selepas memindahkan wang terbabit, wanita itu berhubung dengan wakil syarikat sebenar untuk membuat semakan bayaran itu namun terkejut apabila dimaklumkan, mereka tidak pernah menghantar memo melalui e-mel untuk pembayaran akaun baharu," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya lagi, wanita itu membuat semakan ke atas alamat e-mel dihantar pada hari sama, namun mendapati ia palsu.

Jelasnya, wanita itu segera merujuk kepada pihak bank tempatan untuk membatalkan pemindahan wang namun kecewa apabila dimaklumkan hanya RM122,709 daripada RM448,215 wang dipindahkan, berjaya dikembalikan ke dalam akaun syarikat.

"Ini menyebabkan syarikat milik majikan mangsa mengalami kerugian RM321,698 selepas wang terbabit sudah dipindahkan ke dalam akaun syarikat tidak wujud.

"Polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Justeru, polis mengingatkan mana-mana individu terutama ahli perniagaan agar menyemak status e-mel diterima terlebih dahulu sekiranya ada arahan berkait perubahan akaun bagi tujuan pembayaran," katanya.

+ - reset