TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

UiTM kekal hak Bumiputera, boleh ambil kursus pakar kardiotorasik di UM

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 26 Jun - Dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah serta Sarawak akan dikekalkan seperti sedia kala.

Ia bagi merapatkan jurang antara kaum terutamanya membabitkan aspek sosio ekonomi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menekankan bahawa dasar itu perlu dikekalkan bagi merealisasikan hasrat kerajaan.

Katanya, Laporan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 oleh Kementerian Ekonomi menunjukkan masih wujud jurang ekonomi membabitkan Bumiputera dari segi purata pegangan bulanan, pegangan ekuiti korporat, kadar kemiskinan dan pengeluaran tenaga kerja mahir.

"Malah, kadar miskin mutlak dalam kalangan Bumiputera masih memerlukan usaha secara berterusan untuk diperbaiki.

"Dengan tertubuhnya UiTM, lebih ramai anak Bumputera memperoleh peluang menyambung pengajian dan dilatih untuk mengisi pelbagai jenis jawatan sebagai keperluan meningkatkan kualiti hidup dan mengubah nasib mereka," menurut laporan Berita Harian ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan bercadang membenarkan bukan Bumiputera menuntut di UiTM dengan meminda Akta UiTM 1976 dan jika tidak dibenarkan, minta dinyatakan alasannya.

Mengulas mengenai isu kekurangan pakar kardiotorasik sehingga mencetuskan kontroversi membabitkan UiTM, Zambry berkata, berlaku sedikit kekeliruan intepretasi oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

"Kita sudah berusaha mencari pendekatan terbaik bagi menyelesaikan masalah khusus kepada empat tenaga pakar bedah ekoran Fellowship of Royal College of Surgeons of Edinburgh (FRCS Ed).

"Satu perbincangan sudah diadakan dengan pihak Universiti Malaya (UM) untuk memperkenalkan kursus itu. Oktober nanti ia akan diselesaikan, yang mana ada laluan lain selain UiTM," katanya.

Untuk rekod, isu ini timbul selepas MMC menolak permohonan empat pakar bedah kardiotoraksik untuk disenarai dalam Daftar Pakar Kebangsaan kerana Fellowship of Royal College of Surgeons of Edinburgh in Cardiothoracic Surgery (FRCS Ed) yang diperoleh mereka tidak diiktiraf susulan penguatkuasaan pindaan Akta Perubatan mulai 2017.

Antara penyelesaian yang dicadangkan sesetengah pihak adalah empat pakar itu diterima untuk melalui latihan khusus di Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai universiti pertama menawarkan program kepakaran perubatan dengan kerjasama Institut Jantung Negara dalam bidang pembedahan kardiotorasik.

+ - reset