TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Dua penjenayah ditembak mati di Butterworth

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 26 Jun – Dua penjenayah ditembak mati selepas bertindak agresif dengan melarikan diri daripada pihak polis dalam satu kejadian di Jalan Permatang Baru, Sungai Lokan, Butterworth, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Terdahulu, lelaki masing-masing berusia 41 dan 54 tahun yang menaiki Perodua Myvi itu dikesan dalam keadaan mencurigakan di persimpangan Jalan Pokok Sena menghala Jalan Permatang Baru.

Berikutan itu, polis meminta pemandu kereta memberhentikan kenderaan, namun suspek enggan dan memecut laju sebelum bertindak melepaskan beberapa das tembakan.

Polis kemudian terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri sebelum kedua-dua suspek didapati berlumuran darah dan meninggal dunia di lokasi.

Polis turut menemui dua pistol serta peluru di dalam kereta yang dinaiki suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Difahamkan, kedua-dua suspek berkenaan mempunyai sekurang-kurangnya 12 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Sementara itu, Polis Pulau Pinang akan mengadakan satu sidang media berhubung insiden berkenaan dalam tempoh terdekat.

+ - reset