Berita Ekonomi
Inflasi bulan Mei naik 2 peratus

KUALA LUMPUR 25 Jun - Kadar inflasi Malaysia meningkat kepada 2.0% pada Mei berbanding 1.8% dicatatkan pada April.
Ia didorong oleh kenaikan harga dalam kumpulan utama perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain sebanyak 3.2% dan kenaikan 3.2% lagi dalam perkhidmatan restoran dan penginapan.
Peningkatan juga direkodkan dalam pendidikan sebanyak 1.5%; pengangkutan (0.9%); penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (3.0%); kesihatan (2.2%); rekreasi, sukan dan kebudayaan (1.9%) serta makanan dan minuman (1.8%), kata Jabatan Perangkaan (DOSM) hari ini.
Pakaian dan kasut serta insurans dan perkhidmatan kewangan masing-masing merosot 0.2% dan 0.1%.
“Inflasi utama bulanan pada Mei 2024 merekodkan peningkatan 0.3% berbanding April 2024 (0.2%). Kebanyakannya didorong oleh perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain serta maklumat dan komunikasi, masing-masing melonjak sebanyak 0.6%.
“Ia diikuti dengan makanan dan minuman; perkhidmatan restoran dan penginapan; rekreasi, sukan dan kebudayaan serta pendidikan yang masing-masing meningkat 0.3% berbanding bulan sebelumnya,” kata DOSM.
Bagaimanapun, ia berkata harga perabot, peralatan isi rumah dan penyelenggaraan rutin isi rumah berserta perkhidmatan kesihatan, insurans dan kewangan tidak mencatatkan sebarang kenaikan, justeru ia membantu mengimbangi kenaikan inflasi.
Inflasi teras yang mengukur perubahan dalam harga semua barangan dan perkhidmatan tidak termasuk harga makanan segar dan harga barangan yang diuruskan kerajaan, meningkat sebanyak 1.9% pada Mei 2024, kadar sama seperti dicatatkan pada April 2024.
DOSM berkata peningkatan itu kebanyakannya dipacu perkhidmatan restoran dan penginapan serta penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan, masing-masing meningkat 3.3 dan 3.0%.
“Inflasi tanpa bahan api cenderung kepada 1.9% pada Mei 2024 kepada 123.1 berbanding 120.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Inflasi tanpa bahan api meliputi semua barangan dan perkhidmatan kecuali petrol RON95, petrol RON97 dan diesel,” katanya.
DOSM berkata kadar inflasi di Malaysia lebih rendah berbanding Korea Selatan, Indonesia dan Filipina.
“Kadar inflasi Korea Selatan mencatatkan peningkatan lebih rendah sebanyak 2.7% pada Mei manakala di Indonesia, ia naik sebanyak 2.8% daripada 3.0% pada April,” katanya.
Inflasi di Filipina menambah kepada 3.9 peratus berbanding 3.8% pada bulan sebelumnya manakala harga di Thailand naik sebanyak 1.5% bulan lepas - FMT
#INFLASI #DOSM
Berita berkaitan
April 9, 2025, 11:43 am
Saham AS menjunam penangan kenaikan tarif 104 peratus terhadap China
April 8, 2025, 3:50 pm
BNM mungkin turunkan kadar OPR jika pertumbuhan ekonomi lemah – HLIB
April 4, 2025, 11:48 am
Bursa Malaysia dibuka rendah dipengaruhi ketidaktentuan global dan tarif AS
March 27, 2025, 1:21 pm
Rasionalisasi subsidi RON95 akan ada dua peringkat harga, salur guna MyKad - Amir Hamzah
March 12, 2025, 11:36 am
Diarah bayar lialibiti tertunggak, Sapura Energy dapat pelaburan RM1.1 bilion daripada kerajaan
March 7, 2025, 3:02 pm
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.00% sepanjang 2025
March 6, 2025, 3:15 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 3 peratus
March 3, 2025, 11:59 am
Lebih 4,500 tempahan, e.MAS 7 berjaya dominasi 25 peratus pasaran EV tempatan
February 28, 2025, 10:48 am
Genting Bhd dijangka catat kerugian RM22 juta bagi suku keempat tahun lalu
February 21, 2025, 12:15 pm