Berita Jenayah
Warga asing pakai jubah, kopiah tapi buat jenayah pecah rumah
![image](https://imgs.mediatelus.com/Copy-of-kapsyen---2024-06-25T115107-202.jpg)
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 25 Jun - Memakai jubah siap berkopiah Ketika melakukan jenayah pecah rumah.
Itu yang dilakukan tiga lelaki dan seorang perempuan warganegara asing sebelum ditangkap dalam satu serbuan polis di kawasan Kg Tasek Permai, Ampang kira-kira pukul 6 petang kelmarin.
Polis sebelum itu menerima laporan pada semalam berkaitan kes pecah rumah di Kampung Ampang Indah, Ampang.
Pengadu mendapati ruang tamu dan bilik dalam keadaan berselerak sebelum mendapati terdapat beberapa yang hilang.
Pengadu juga mengesyaki rumah mereka dipecah masuk melalui tingkap bilik belakang yang dipecahkan dan gerigi besi yang dicabut.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, selain tangkapan, pihaknya telah merampas dua telefon bimbit, satu computer riba, satu tablet, empat utas jam tangan dan beberapa pakaian.
"Modus operandi suspek menyasarkan perumahan teres tidak berpenghuni Ketika melakukan pecah rumah.
"Hasil ujian air kencing terhadap semua suspek mendapati mereka positif dadah jenis Meth dan Amp. Malah, seorang daripadanya mempunyai rekod jenayah narkotik," katanya.
Tambahnya, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan - Media Telus
#JENAYAH #POLIS #PECAHRUMAH #WARGAASING #AMPANG
Berita berkaitan
July 3, 2024, 12:58 pm
Kerana kejayaan Gabriel Lee, wanita rugi RM1.6 juta
July 3, 2024, 12:18 pm
Lelaki bunuh ibu kandung diperintah jalani pemeriksaan mental di Hospital Permai
July 2, 2024, 3:26 pm
Sorok dadah dalam guni tanah, 4 'transporter' termasuk suami isteri ditahan
July 2, 2024, 1:41 pm
Kes pecah rumah Khuzaimi selesai, polis tahan 2 suspek di Terengganu
July 1, 2024, 4:00 pm
Sorok dadah dalam kotak makanan, Kastam rampas 30kg dadah di KLIA2
July 1, 2024, 11:36 am
Penagih dadah larian diri selepas kelar leher OKU hingga parah di Kluang
June 30, 2024, 10:50 am
Polis siasat hantaran FB dakwa TMJ tuduh Pengarah SPRM terlibat rasuah
June 28, 2024, 11:07 am