TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Lelaki tak sengaja 'terkantoi' diri sendiri terlibat Love Scam di balai polis

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KOTA BHARU 25 Jun - Seorang lelaki yang hadir membuat laporan polis mengenai kes jenayah di balai polis Pengkalan Chepa membawa kepada penangkapan dirinya sendiri berhubung kes 'Love Scam'.

Suspek yang berusia 46 tahun 'terkantoi' selepas polis menjalankan pemerikaan ke atas nombor kad pengenalannya.

Hasil pemeriksaan mendapat suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau yang dikaitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 411, 379(A) dan 420 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, suspek kemudian ditangkap Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) IPD Kota Bharu di balai polis.

"Suspek adalah lelaki dikehendaki berhubung kes ‘Love Scam’ Facebook 2018 melibatkan kerugian RM16,650,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa

Mohd Rosdi berkata suspek akan diserahkan kepada JSJK Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut. - Media Telus

#LOVESCAM #KOTABHARU #PENGKALANCHEPA

+ - reset